6 cara makan ikut sunnah Nabi SAW dan hikmahnya
oleh: trymasak | tagged: , | komen: 0
Tabiat
pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah SAW.
Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan ayat
Al-Quran yang bermaksud: "... makan dan minumlah, dan janganlah
berlebih-lebihan..." (Surah al-A'raf, ayat 31). Berikut antara 6 cara
makan mengikut sunnah Rasulullah SAW.
1. Baca doa sebelum dan selepas makan
Membaca
Bismillah ketika hendak makan dan akhirinya dengan membaca
Alhamdulillah. Hikmah membaca Bismillah dan Alhamdulillah bagi seorang
muslim supaya selalu mengingati bahawa makanan yang hendak dimakan
adalah nikmat, rezeki dan anugerah dari Allah Taala. Ini secara langsung
akan terhindar dari sikap berlebih-lebihan dan membazir.
2. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang
Rasulullah
SAW makan hanya ketika benar-benar lapar, dan berhenti sebelum perut
berasa kenyang. Rasulullah SAW telah mengajar cara untuk makan dan minum
iaitu sepertiga isi perut untuk makanan, sepertiga lain untuk minuman
dan sepertiga akhir adalah untuk udara (nafas). Mengambil makanan dalam
kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia akan memberatkan organ dan
sistem pencernaan sehingga menjadi lemah dan tidak mampu mencerna
secara teratur.
3. Cara duduk
Gambar hiasan: duduk makan cara sunnah
Cara
duduk adalah seperti duduk tahiyat awal tetapi lutut kanan dinaikkan.
Iaitu peha atau lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian
kaki kiri. Posisi ini bukan sahaja dapat memberi keselesaan pada perut,
malah dapat menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3
bahagian. 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 bahagian untuk udara dan
1/3 lagi untuk air.
4. Makan menggunakan tangan
Di
antara sunnah Rasulullah SAW adalah makan menggunakan tangan kanan.
Beliau memakan makanan dengan tiga jari lalu menjilat ketiga jari
tersebut sebelum membersihkannya. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan
enzim yang ada pada tangan atau jari kita tadi akan lebih cepat
bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.
5. Basuh kedua belah tangan dan berkumur sebelum makan
Perbuatan
membasuh tangan dan berkumur sebelum dan selepas makan adalah amalan
sunnah yang juga bertujuan untuk membersihkan gigi dari sisa makanan dan
bakteria.
6. Makan dalam satu dulang
Makan
di dalam dulang bersama-sama akan dapat menciptakan kemesraan dan
meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita. Malah, amalan makan satu
dulang ini juga akan dapat mengelakkan pembaziran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan